Sunday, April 01, 2007

SEJARAH DI SEBALIK LAWAK APRIL FOOL




Perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol.kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini,diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan,telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya ( 1April ), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day. Yang menyedihkan, orang-orang Islam Yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI.

Tepuk dada tanyalah iman......

Monday, January 29, 2007

Meh Pakat Jalan2 Kat Penang

Penah Jadi Bangunan Ketiga Kat Dunia Dulu... Tu Dulu Skang Dah Lain..Komtar Dah Tak Macam Dulu..Tapi Still Happening..

Memang best pengalaman pertama gua g komtar..skang ni komtar masih gah kat Penang...Duduk kat tanah besar dah nampak..

Sape yg dtg Penang mmg rs xlengkap kalau xmelawat komtar..Mercu tanda la katakan...barang pun dah murah..tempat pentadbiran kerajaan pun masih kat situ lagi..

meh la jalan penang..memang best

Thursday, January 18, 2007

Sunset



Sunset Kat Depan Rumah Gua

Susah nak gtau perasaan gua yang tgh haru biru bila tgk Sunset ni..rasa tenang pun ade... ramai org suka duduk depan pantai sambil merenung Sunset... Apa yang ada disebaliknya?

Musykil btul bila gua fikirkn... Masalah yang tengah bergelumang dalam diri boleh ilang sambil "dok perati" Matahari yang kian hilang tu..

Suasana rumah gua yang makin kelam, Walaupun Matahari samar-samar je tapi masih mampu nak terangi alam ni.. walau pun skit..
apa yang leh "kutip" kat sini..kita perlu macam Matahari, kita perlu buat yang terbaik.. Bak Sunset tadi tu la..wat yang terbaik dengan tulang 4 kerat yang ada ni..mesti ada semangat tak kira walaupun kita dah jatuh sekalipun..semua yang ada kat dunia adalah sementara, jatuh bangun kita juga adalah sementara..kita perlu sedar.. yang hak hanyalah ALLAH SWT...

Setiap Apa yang ALLAH jadikan tu ada sebab disebaliknya..kita ada akal, ada Quran... gunakan akal yang dah ada tu untuk selami makna hidup ni..kita takkan rasa cukup selagi kita tak tahu tujuan kita kat muka bumi ALLAH ni..

Ada hikmah disebalik setiap kejadian ALLAH..sama-samalah kita mencarinya