Monday, November 26, 2012

Dr Azizan PENIPU


Saya Ahmad Nawawi Idris, Asal dari Pulau Pinang. Saya baru selesai program Insentif Jutawan Industri bersama Dr Azizan Osman.. Seperti ada yang memanggil-manggil dan membisik di hati nurani ni untuk berkongsi pengalaman selama 3 hari tentang program ni ( tak tahu la betul ke tak ayat ni ) Apa yang boleh saya katakan dia (Dr Azizan) memang PENIPU.. Gila dah lama tak tulis blog.. apahal tiba2 harini nak tulis blog pulak? Inilah hasilnya bila dah hadiri program tu..Saya dilatih KERANA KURANG AJAR .. biar saya kongsi sedikit pengalaman saya program ni. Saya terbang dari penang ke KL -  then balik ke penang untuk belajar jual produk tapi ......


diajar untuk jadi penulis yang KURANG AJAR.

YA BETUL!!!

KURANG AJAR di sini bukan bermaksud BIADAP tetapi bermaksud penulis yang KURANG AJAR ILMU yang ada KEPADA ORANG LAIN UNTUK BANTU ORANG LAIN.. kan lain tu dari matlamat asal.. nak jual produk TAPI jadi penulis dan problem solver (penyelesai masalah)

PROGRAM SEPATUTNYA TAMAT PUKUL 6 TAPI....
 
DI LANJUTKAN LAGI... sesi malam plak.... Kan TIPU tu.. Sepatunya sesi malam ni tak patut ada pun supaya kami semua boleh berfoya-foya di sekitar KL.. Tapi dia nak TUNJUK BAIK dengan MENJEMPUT PAKAR-PAKAR yang memang POWER GILA untuk kongsi RAHSIA-RAHSIA yang depa ( ayat penang ) ada  untuk pecah market jadi penulis yang baik (penulis lagi).. GILA AHHHH.... saya rasa memang betul-betul tertipu . Setiap malam kami DITIPU supaya jangan sentiasa balik awal dan stay-back dan belajar lagi RAHSIA-RAHSIA dan FORMULA RAHSIA untuk jadi JUTAWAN...

Siapa-siapa yang TIDAK HADIR memang SANGAT-SANGAT BERUNTUNG sebab :-

1) Selamatkan duit korang semua dari belajar teknik-teknik RAHSIA ni yang memang secara LOGIK AKAL DAN SUDAH TERBUKTI boleh berjaya dan boleh menjadi JUTAWAN.
2) Korang takkan rasa ENERGY seperti saya sekarang kerana tak hadir dan menuntut langkah-langkah yang betul.
3) Korang boleh BERFOYA-FOYA malam minggu kat tempat korang - Samada pergi clubbing atau main gitar kat kebun kelapa sawit


ADA LAGI NI...
 
Saya ada cuba nak upgrade ke SUPREME DIAMOND kerana dapat bimbingan terus dari Dr Azizan.. tapi kuota dah penuh( Hmmmm...Dr Azizan ni xmau duit ke?) Dari sini saya boleh katakan apa yg Dr katakan yg dia nak membantu orang untuk jadi KAYA tu sebenarnya TERSANGATLAH BETUL ..- UNTUNGLAH KORANG YANG AMIK SUPREME TU. Terima Kasih yang tidak terhingga di atas macam-macam bonus yang diberikan secara percuma dan saya berbangga dapat hadir ke program ini walaupun ditipu dengan PENIPUAN YANG TERINDAH DALAM HIDUP SAYA

Kesimpulannya program ni memang tidak sesuai langsung kepada orang yang SET-MINDA (MINDSET) rendah.. sebab ini PROGRAM UNTUK JADI JUTAWAN INDUSTRI bukan PROGRAM JUAL KACANG PUTIH.

Wassalam.

1 comments:

rstam7 said...

Salam. I just like it coz your make me come inside to read what ur controversial topic are, but actually it good attention for who know what best for them. Those who left behind let them be, we must move foward with our lives. Tq. Rustam.