Tuesday, July 07, 2020

OPR TURUN LAGI!

#copy dari group telegram

.
Sebentar tadi, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan OPR diturunkan sebanyak 25 mata asas yang menjadikan aras OPR baharu menjadi 1.75%. Aras paling terendah semenjak tahun 2008!
.
Kalau ikut rekod, berikut perbezaan OPR untuk tahun 2020.

22 Jan 2020: -0.25
03 Mar 2020: -0.25
05 May 2020: -0.50
07 Jul 2020: -0.25
.
So, tahun ini sahaja, 4 kali OPR telah disemak semula oleh BNM. 
.
Sebelum ni, bila last OPR turun hampir berturut2? Jawapannya, semasa recession 2008/2009 dulu. Dan kadar OPR yang telah diturunkan biasanya akan kekal selama setahun. 
.
So, pernah tak kita terfikir di benak kepala kita, asal recession je, OPR turun, asal OPR turun je recession. Kenapa jadi macam ni?
.
First kena faham dulu, apa benda OPR ni? OPR ni stand for Overnight Policy Rate.

Ahhh sudah..apa benda pulak overnight2 ni🤦🏻‍♂️
.
Saya pun bukan lah pandai sangat. Tapi satu benda je saya nak bagitau korang. Korang rasa2 bank2 kita ni semua kaya tak?

Mesti ada yg cakap “mesti lah kaya, ramai orang simpan duit dalam bank kot”.
.
Ok..betul juga tu. Tapi sebenarnya…bank pun macam kita juga.
.
Kadang2 kaya..
Kadang2 sesak jugak.
.
Tang bilanya sesak? Saya bagi contoh:

Bila kita simpan duit dalam bank.
Bank guna duit kita buat bagi pinjaman ke orang lain.
.
Tiba2 kita nak keluarkan semua duit kita dalam bank.
Disebabkan duit kita dah bagi orang lain pinjam. Mana cukup cash kat bank! 
.
Maka bank pun call bank2 lain nak pinjam duit sekejap. Besok ganti balik.
Bank2 yang ada duit pun bagi lah pinjam.
.
Bila dah bagi pinjam, ingat pinjam free ke? 
Nama pun business. So, kena lah ada cas faedah sikit.
.
Faedah pinjaman antara bank ni lah yang dipanggil OPR.
Dan OPR ni di control oleh BNM.
.
Bila OPR ni menurun, kos pinjaman antara bank pun turun.
.
Bila kos pinjaman antara bank turun, biasanya kadar asas faedah loan yg kita pinjam dengan bank pun turun.
.
Bila kadar asas loan turun, bayaran bulanan loan kita ke bank pun menurun.
.
Bila bayaran bulanan loan kita ke bank berkurang. Kita pun ada extra cash dekat tangan kita!
.
So, apa kaitan OPR dengan recession?

Biasanya bila terjadi nye recession, bermakna kita mengahadapi kemelesetan ekonomi.
Untuk memulihkan ekonomi. Kita memerlukan more capital in the market untuk mengerakkan semula ekonomi.
.
Antara cara untuk mengerakkan ekonomi adalah meningkatkan buying power di kalangan consumer / rakyat. 
.
Macam mana nak meningkatkan buying power dikalangan rakyat?
.
Jawapannya, rakyat perlu ada extra cash in hand.
.
Bila rakyat ada more cash, maka rakyat pun boleh mampu untuk berbelanja seperti biasa walaupun keadaan ekonomi tidak berapa baik.
.
Mana datangnya extra cash ni? Macam saya cakap tadi. Semuanya datang daripada bayaran bulanan loan kita ke bank yang dah berkurang.
.
Kalau sebelum En. Ahmad bayar ansuran rumah RM1,500 sebulan. Disebabkan OPR dah turun. Sekarang En. Ahmad just kena bayar RM 1,300 je sebulan.

(Ini anggaran saya sahaja. By the end ia bergantung kepada amount yang bank masing2 akan umum). 
.
So, sekarang dah ada extra cash RM200 sebulan (RM1,500 tolak RM 1,300).

Note: Hanya Floating Interest Rate loan je yang akan dapat benefit ni. Contohnya loan rumah. Untuk Fixed interest loan tidak akan ada kesan apa2. Apa contoh Fixed Interest loan? Paling mudah, loan kereta.
.
Tu baru En. Ahmad sorang yg ada extra cash RM200. Bayangkan, ada 1juta lagi rakyat Malaysia ada extra cash yang sama dengan En. Ahmad? Kan ke dah ada RM200juta extra capital in the market setiap bulan!
.
Dengan RM200juta ni lah akan bantu untuk jana kembali ekonomi negara kita.
.
Dalam masa yang sama. Saya nak bagitau fakta ni jugak. Korang tau tak, semalam berita ada mengumumkan:

😣Ekonomi negara hanya pulih sepenuhnya akhir tahun depan.
😣Air Asia mengumumkan kerugina bersih RM 953 juta 
😣Sektor pelancongan dijangka akan pulih sepenuhnya dalam masa 4 tahun dari sekarang. Sedangkan sebelum ni sektor pelancongan menyumbang lebih kurang RM80billion setahun kepada pertumbuhan ekonomi negara!
.
Atas semua fakta di atas. Nak tak nak. Kita kena akui. Keadaan ekonomi negara kita sekarang berada d

alam keadaan yang sangat mencabar.
.
So, kawan2. Tunggu je lah surat makluman dari bank masing2 ye untuk tahu berapa amount bayaran ansuran loan yang baru ye (ada yang boleh check online je).
.
Moga dengan extra cash yg  ada kita boleh sama2 membangunkan kembali ekonomi negara kita.
.
Kalau bukan kita yang nak bantu. Siapa lagi kan? 
.
Moga bermanfaat😉
.
Assalam,
07 July 2020
#UlangTayang #OPRTurunLagi #TheRecessionIsReal #AyuhKitaBantuEkonomiNegara

Tuesday, May 25, 2010

Kitchen Fire




Don't assume that everyone knows this stuff. Just forward it to everyone you know and maybe they will forward it to some one who doesn't.

I never realized that a wet dishcloth can be a one size fits all lid to cover a fire in a pan!

This is a dramatic video (30-second, very short) about how to deal with a common kitchen fire... Oil in a frying pan.

Read the following Introduction, then watch the show... It's a real eye-opener!

At the FireFightingTraining schoolthey would demonstrate this with a deep fat fryer set on the fire field. An instructor would don a fire suit and using an 8 oz cup at the end of a 10 foot pole toss water onto the grease fire.

The results got the attention of the students. The water, being heavier than oil, sinks to the bottom where it instantly becomes superheated.

The explosive force of the steam blows the burning oil up and out. On the open field, it became a thirty foot high fireball that resembled a nuclear blast. Inside  the confines of a kitchen, the fire ball hits the ceiling and fills the entire room.

Also, do not throw sugar or flour on a grease/oil fire. One cup of either creates the explosive force of two sticks of dynamite. This is a powerful message.

Watch the video and don't forget what you see. Tell your whole family about this video. Or better yet, send this to them.

Friday, April 23, 2010

Bacalah : Pelajar UIA mimpi bertemu Rasullulah



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani… Ya Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.

Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud 'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kesayangan Rasulullah s.a.w.

Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah di universiti ini.

Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari.

Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri. Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al-Baqarah.

Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau untuk berdiri.

Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."

Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun 'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.

Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali, tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum, ana Rasulullah.."

Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi" (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar! Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama' assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak saya.."

Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda kenal ummatnya!". Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.

Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2 seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati…" dan beliau nampak jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci mengalir utk ummat Baginda!

Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat akhir zaman ini? wallahua'lam…

Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah…" Beliau kemudian menceritakan kpd para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.

Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yg melimpah ruah.

Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis. "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur. Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah…"

Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."

Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.."

Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."

Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2 yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar.

Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."

Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi kita bersabar…"

Nabi, keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman. Mencintainya suatu kemuliaan…

Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab, "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku sangat rindu bertemu dengan mereka.." Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)

p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya Rasulullah! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog sebelum ini..) sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W… banyakkan lah berselawat dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di Akhirat kelak..wallahu'alam.

--
Regards,
SHAH
crckr.cr@gmail.com
ALIF BA TA

Tuesday, January 26, 2010

Bersyukurkah Kita?


Manusia adalah sebagai sebaik-baik makhluk yang pernah diciptakan oleh ALLAH. Secara ringkasnya kita dikurniakan dengan akal dan nafsu. Akal manusia adalah sebaik makhluk yang pernah diciptakan. Akal orang yang berilmu adalah panduan hidup yang digunakan untuk membezakan antara yang hak dan yang batil. Nafsu pula dilabel sebagai makhluk ALLAH yang jahat.
 
"Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir
Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah,
menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal,
maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud :

"Wahai akal
mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T.,
kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah
engkau!", lalu akal pun berbalik.

Kemudian Allah S.W.T. berfirman
lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun
berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah
hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."

Setelah
itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang
bermaksud :
"Wahai nafsu, mengadaplah kamu!".
Nafsu tidak menjawab
sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang
bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata,
"Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."

Setelah itu Allah
S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian
mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud :

"Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah
aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu
itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah
S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?".
Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu
adalah tuhanku."

Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.

 Disebabkan itu manusia diberi pilihan samada memilih jalan ALLAH atau sebaliknya. Jalan ALLAH satu-satunya untuk mencapai keredhaan dari MAHA PENCIPTA dan layak menerima ganjaran darinya. salah satu cara untuk mencapai keredhaan ALLAH adalah dengan bersyukur. Adakah kita berSYUKUR? Bagaimanakah kita melahirkan rasa  SYUKUR? berapakah kali kita melafazkan SYUKUR ke hadrat ALLAH SWT? banyak persoalan yang boleh di utarakan tetapi yang penting SYUKUR boleh dilaksanakan dengan berbagai cara. 3 cara utama untuk berSYUKUR adalah dengan hati, lisan dan perbuatan.


Bersyukur dengan hati. Maksudnya, ia merasa yakin bahwa segala macam kenikmatan itu datangnya dari Allah.
"Dan apa saja ni'mat yang ada padamu, maka dari Allahlah (datangnya), dan bila kamu ditimpa oleh kemadhorotan, maka hanya kepada-Nyalah kamu meminta pertolongan"
(Al-Nahl;53)

Bersyukur dengan lisan. Maksudnya dengan memperbanyak bacaan Hamdalah (Al-Hamdulillah).
"Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebutkannya (bersyukur)"
(Adh-Dhuhaa;11)

Bersyukur dengan semua anggota badan. contohnya solat, puasa.

    jadi dengan demikian, bersyukur itu tidak hanya cukup dengan lisan atau ucapan saja. Tapi lebih dari pada itu harus diwujudkan dengan perbuatan.


    Sampaikanlah Ilmu Walau Sepotong Ayat


    Apa Yang Ada Jarang Disyukuri
    Apa Yang Tiada Sering Dirisaukan
    Nikmat Yang Dikecap Baru Kan Terasa Bila Hilang
    Apa Yang Diburu Timbul Rasa Jemu
    Bila Sudah Di Dalam Genggaman


    Dunia Ibarat Air Laut
    Diminum Hanya Menambah Haus
    Nafsu Bagaikan fatamorgana
    Di Padang Pasir


    Panas Yang Membahang Disangka Air
    Dunia dan Nafsu Bagai Bayang-bayang
    Dilihat Ada Ditangkap Hilang


    Tuhan Leraikanlah Dunia
    Yang Mendiam Di Dalam Hatiku
    Kerana Di Situ Tidak ku Mampu
    Mengumpul Dua Cinta
    Hanya Cintamu ku Harap Tumbuh
    Dibajai Bangkai Dunia Yang Kubunuh

    LIKE THIS POST
    BUY NOW!

    Tuesday, January 19, 2010

    Keris Indon


    Keris ni merupakan hadiah pemberian salah seorang sahabat Shah yang baru balik dari Indonesia.. Mula-mula takut gak nak amik..yela mana tau dia selit apa2 ke..selalunya keris ni org selalu kaitkan dengan unsur mistik..antara keris yg paling masyur termasuklah keris Taming Sari yang merupakan keris paling famous dalam sejarah..keris ni xlah setanding dengan mana2 keris.sekadar keris biasa ja yang digunakan untuk perhiasan.nak pakai untuk bertempur pun belum pasti bleh menang ..

     

     




    Kalau tengok dari segi pembuatan ..xdela halus sgt..keris ni maybe dijual sebagai cenderamata di sana.Apa2 pun trima kasih kepada tuan yang sudi memberi..


    LIKE THIS POST
    BUY NOW!