Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani… Ya  Allah..lancar jari ini menaipkan sebuah pengalaman yg amat berharga dr  seorang insan yg dipilih Allah utk berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. melalui  mimpi hari Khamis, 16 Rejab 1427H bersamaan 10 0gos 2006.
Nama yg dipilih oleh ayah beliau adalah Syamimi yg bermaksud  'kesayanganku', jua gelaran Nabi pada puteri kesayangan Baginda,  Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan  mudah2an suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara  kesayangan Rasulullah s.a.w.
Alhamdulillah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya  daripada 8 adik-beradik. Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas dalam  hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun utk menghafal 30 juzuk  Kalamullah ketika berada di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri  utk memenuhi harapan ibu ayah yang mengharapkan ada dalam kalangan anak  mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau  mengambil tanggungjawab ini utk menjadi contoh kpd adik2 yg lain. Setiap  hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi' dgn ustaz di sebelah  rumahnya. Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-Undang Syariah  di universiti ini.
Akak ni memang diuji dengan sakit yg tak tahu apa punca sejak lebih  setahun yg lalu. Sakitnya rasa seperti ditikam-tikam dengan pisau di  bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sakit di bahagian  lutut sejak 8 tahun lalu tidak pernah sembuh. Pernah satu ketika,  selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya.  Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Sudah lama beliau  tidak terdaya ke kelas kerana sakit itu membuatkan dia tidak dapat  berdiri atau berjalan. Hilang selera makannya hingga badannya susut  hampir 13 kg. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu' 2  hingga 3 kali sehari. Wudhu' itu dijaga sebaik mungkin untuk ibadah  sepanjang hari.
Hari2 yang dilaluinya dipenuhi dgn membaca Al-Quran dan qiamullail  sebagai pendinding daripada gangguan yg terus2an menyakiti diri.  Diceritakan makhluk2 halus itu akan mengganggunya terutama pada waktu  sebelum Subuh, Zuhur dan Maghrib. Beliau telah banyak berubat di merata  tempat, berjumpa doktor2 pakar, malah ulama' yg faqih dalam ilmu  perubatan islam serta akhir sekali bertemu sorang lecturer di sini. Tapi  beliau hanya mampu bertahan. Pesan ustaznya, setiap kali beliau sakit,  banyakkan baca Surah Al-Baqarah.
Pagi Khamis itu, beliau berniat utk hadir kuliyah sebab sudah terlalu  lama tidak mampu ke kelas. Beliau bangun kira2 jam 4.30 pagi utk solat.  Berbekalkan sedikit kekuatan yg digagahkan, beliau ke bilik air utk  berwudhu' dgn memapah dinding dan segala apa yg mampu membantu beliau  untuk berdiri.
Habis berwudhu', beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yg menolak  keras dari belakang. Tika itu beliau sudah tidak mampu berdiri, justeru  beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan  rebah di depan bilik tersebut. Disebabkan sakit yg mungkin dah tak  tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, "Ya Allah, kiranya mati itu  baik untukku, aku redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku  ingin dengar kata-kata semangat drpd Rasulullah s.a.w. sendiri.."
Kemudian beliau pengsan. Sahabat2 sebilik mengangkat beliau ke dalam  biliknya dan di baringkan di sana . Waktu itu, sahabat2nya telah pun  'forward message' pd rakan2 yg lain agar dibacakan surah Yasin kerana  beliau nampak sudah nazak. Malah mereka telah sedia dgn nombor2 ahli  keluarganya utk dihubungi kiranya ada apa2 berlaku dengan izin Allah.
Kira2 jam 11 pagi itulah, ketika tertidur dgn tenang dalam waktu  qoilullah, beliau bermimpi. Beliau sedang terbaring dalam keadaan  memakai telekung dgn tangannya diqiam seperti dalam solat di suatu  tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan  kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba datang seorang Hamba  Allah dgn wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hampir  sekali, kira2 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah..indah sekali,  tak dapat nak digambarkan. Beliau tertanya2, siapakah orang ini? cantik  sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dgn hanya melihat  wajahnya. Dirasakan seluruh kesengsaraan yg ditanggung selama ini lenyap  begitu sahaja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, "Assalamu'alaikum,  ana Rasulullah.."
Subhanallah..baginda Nabi rupanya! Nabi memakai jubah putih dan kain  serban berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau nampak dgn jelas mata  Baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di atas bahu  Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakan "Enti fil masjidi"  (kamu sekarang berada di masjidku, Masjid Nabawi).. Allahuakbar!  Kemudian Baginda Nabi s.a.w. berkata: QalAllahuta' ala; "InnaAllahama'  assobirin" (sesungguhnya Allah bersama orang2 yg sabar). Ketika  mendengar suara Nabi mengalunkan Kalamullah, terasa bergema suara merdu  Nabi di seluruh alam. Sememangnya Baginda sebaik-baik kejadian dan  diciptakan dgn penuh kesempurnaan. Nabi katakan (dalam lughahl arab, tp  diterjemahkan di sini) ; "Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dgn  sakit yg enti tanggung selama ini, dan dgn berkat Al-Quran yg enti  pelihara di dlm hati, maka Allah bukakan hijab utk enti nampak saya.."
Ketika Nabi menyebut Ya Syamimi, terlintas di hatinya "Ya Allah..Baginda  kenal ummatnya!". Ya Rasulullah… Ketika itu, beliau dapat merasakan  baiknya Allah, memberikan nikmat yg begitu besar buat dirinya.
Kemudian Nabi katakan lagi; "Sampaikan salamku buat sahabat2  seperjuangan Islam. InsyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti.." Nabi  s.a.w. kemudian melafazkan; "Ummati.. ummati..ummati…" dan beliau nampak  jelas Nabi menangis saat itu. Beberapa titisan airmata Baginda yg suci  mengalir utk ummat Baginda!
Kemudian Baginda Nabi melangkah pergi. Beliau merintih, "Jangan pergi Ya  Rasulullah.." tetapi Baginda tetap pergi. Subhanallah, walaupun kita  tak pernah bersua dgn Nabi yg mulia, Baginda kenal dan sentiasa ingat  akan ummatnya. Beliau sendiri tidak pasti, apakah Baginda menangis  kerana rindu kepada ummatnya, atau mungkin saja baginda sedih dgn ummat  akhir zaman ini? wallahua'lam…
Sedar daripada tidur yg amat indah pengisiannya itu, beliau masih  dikelilingi oleh rakan2 yg turut terdengar rintihan beliau dalam  tidurnya "Jangan pergi Ya Rasululah…" Beliau kemudian menceritakan kpd  para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam Rasulullah  buat ummat Baginda. Semua yg mendengar menangis lantaran rindu pada  Nabi. Rasa malu pada Nabi krn kita jarang2 ingat pada Baginda sedangkan  kita amat terhutang budi padanya. Lebih2 lagi kita sedar bahawa hanya  syafaat Bagindalah yg dikejar di akhirat kelak.
Ya Allah..ketika itu, tiada kata yg lebih tinggi drpd kalimah  Alhamdulillah utk di rafa'kan pada Allah atas ni'mat yg begitu besar yg  Allah berikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dgn  ujian yg hanya sedikit berbanding insan2 yg lebih berat diuji oleh  Allah. Kiranya ada kalimah pujian yg lebih tinggi dr Hamdalah, pasti  akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam  Rahmat-Nya yg melimpah ruah.
Rasa sakit masih menular di tubuhnya. Cuma kali ini dia bertekad tidak  akan menangis lagi utk kesakitan ini. Usai solat Zuhur, rasa sakit yg  ditanggung makin hebat. Tak pernah beliau merasakan sakit yg sebegitu  rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa ditikam pada  setiap penjuru. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi  kesakitan, namun pada waktu itu beliau pujuk diri utk tidak menangis.  "Apa sangatlah sakit yg aku tanggung ini berbanding nikmat yg Allah  telah bagi utk melihat Baginda Nabi s.a.w.." Kemudian beliau tidur.  Beliau terus rasakan berada di tempat tinggi, tempat yg biasa hadir  sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakan "Ya Allah, apa lagi  yg hendak Engkau berikan buat hambamu yg hina ni, rasa malu sangat  dengan-Mu Ya Allah…"
Kemudian dgn izin Allah, datang empat orang yg berpakaian serba hijau.  Salah seorang daripadanya mengatakan; "Assalamu'alaikum Ya  Syamimi..Rasulullah s.a.w. sampaikan salam buatmu. Kami utusan  Rasululah..Nahnu khulafa' ar-rasyidin. Ana Abu Bakr, ini Ummar  Al-Khattab, Uthman bin 'affan dan Ali.."
Subhanallah..Saidina Abu Bakr memperkenal dirinya dan ketiga2 sahabat yg  mulia. Beliau nampak sendiri, Saidina Abu Bakr yg amat lembut  perwatakannya, Saidina Ummar dgn wajah tegasnya, Saidina Uthman yg  cantik sekali dan Saidina 'Ali yg agak kecil orangnya. Para Sahabat  mengatakan; "Kami diutuskan oleh baginda Nabi utk membantu enti.."
Kemudian keempat2 mereka membacakan ayat 102 surah Al-Baqarah yg  bermaksud: "Dan mereka mengikuti apa yg dibaca oleh syaitan-syaitan pada  masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan  itulah yg kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yg  diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut.  Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum  mengatakan 'sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu  janganlah kafir.' Maka mereka mempelajari dari keduanya (malaikat itu)  apa yang (dapat) memisahkan antara seorang (suami) denagn isterinya.  Mereka tidak akan dapat mencelakakan seseorang dgn sihirnya kecuali  dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan  tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu,  barang siapa membeli (menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan  mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan  mereka yang menjual dirinya dgn sihir, sekiranya mereka tahu.."
Selesai membaca ayat itu, para sahabat Nabi menghembus pada makhluk2  yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar.  Subhanallah..waktu itu terus terasa seolah2 tubuhnya yg sakit dahulu  ditukarkan Allah s.w.t. dgn tubuh yg baru. Hilang segala kesakitan yg  setahun lebih ditanggung beliau dgn sabar.
Saidina Abu Bakr mengatakan; "Inilah ganjaran besar dari Allah buat  orang-orang yang sabar.." Kemudian, para sahabat Nabi yg mulia pun pergi  meninggalkannya. Selesai mimpi indah yg kedua ini, beliau bangun dr  tidur dan terus duduk. Rakan2 sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun  dan duduk dgn mudah . Kemudian sahabat2nya itu menyuruh beliau bangun  berdiri dan alhamduliLlah..dgn mudah beliau bangun berdiri dan berjalan d  sekitar bilik. "Ya Allah, penyakit ana dah sembuh.."
Semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau  segera ke bilik air untuk berwudhu'. Dengan tubuh yang 'baru', beliau  sujud syukur pada Allah s.w.t. "Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud  100 tahun pun belum dapat diriku menjadi hamba-Mu yg bersyukur atas  nikmat yg telah Engkau berikan.." Beliau berpesan pada kami; "Adik-adik,  wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sanggup mati demi mempertahankan  Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah  rasa tak sanggup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je di bilik  untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yg mulia. Tapi  menyedari banyak lagi taklifan dan tanggungjawab kita atas muka bumi  Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang  sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat  agar adik2 dapat merasakan betapa beningnya hati ini. Tapi itu tak  mungkin kan , mungkin ini bahagian akak, bahagian kalian? Hanya  Pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakan, tak rugi  kita bersabar…"
Nabi, keperibadiannya indah. Cerminan al-Quran katanya 'Aisyah ra. Dari  semua aspek kehidupan, diperagakannya hanyalah kesyumulan. Allah  mengajar manusia berkehidupan di muka bumi ini melalui baginda. Menuruti  sunnahnya adalah pahala. Kasih sayangnya tiada bertepi, dari yang kecil  hingga yang tua, dari hamba hingga ke bangsawan, dari dulu sampai  sekarang, hingga ke akhirnya.. Dialah peribadi unggul sepanjang zaman.  Mencintainya suatu kemuliaan…
Pernah suatu ketika Rasulullah berkumpul didalam satu majlis bersama  para sahabat. Tiba-tiba bergenang air mata baginda s.a.w. Para sahabat  gelosah melihat sesuatu yang tidakmereka senangi di wajah Rasulullah  saw. Bila ditanya oleh Saidina Abu Bakar ra, baginda mengatakan bahawa  terlalu merindui ikhwannya.. Saidina Abu Bakar sekali lagi bertanya  Rasulullah saw, "bukankah kami ini ikhwanmu?" Rasulullah menjawab,  "Tidak, kamu semua adalah sahabatku.. ikhwanku adalah umatku yang belum  pernah melihat aku tetapi mereka beriman dan sangat mencintaiku… Aku  sangat rindu bertemu dengan mereka.." Sesungguhnya Allah dan  malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang  beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam  penghormatan kepadanya (al-Ahzab:56)
p/s: sungguh…berderaian air mataku mengalir..daku rindu akan dirimu..Ya  Rasulullah! (kisah ini dinukilkan oleh sahabat Syamimi hasil pengalaman  benar yang telah dilalui..pernah disebarkan melalui e-mel & blog  sebelum ini..) sesungguhnya,ana sangat bersyukur kerana dilahirkan  didunia ini sbgai ummat nabi Muhammad S.A.W… banyakkan lah berselawat  dan mendengar zikir..insyaAllah kita semua akan mendapt syafaatnya di  Akhirat kelak..wallahu'alam.                         
-- 
Regards,
SHAH
crckr.cr@gmail.com
ALIF BA TA
Blurrrr...
                      -
                    
Assalamu'alaikum...
Lama benar aku tak menulis dan update blog ni. Dah lebih dari setahun 
rupanya. Begitu cepat masa berlalu...kekok benar rasanya. Nampakn...
11 years ago

2 comments:
Salam dik...
Ws Kak
Post a Comment