Tuesday, February 24, 2009

Taktik spontan untuk menggoda

Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin. Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaran masing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikit tips dari saya. Harap-harap anda akan berjaya......


1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasa stresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemberikan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.

Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang, tak sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya, anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.
Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….

13. Jeling-jeling
Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

Selamat berumahtangga

Monday, February 23, 2009

STUPID QUESTIONS WITH THE SMART ANSWERS

BOY : May I hold your hand??
GIRL : No thanks, it isn't heavy.
~~~~~~~~~~~~~~~
GIRL : Say you love me! Say you love me!
BOY : You love me...
~~~~~~~~~~~~~~~
GIRL : If we become engaged will you give me a ring??
BOY : Sure, what's your phone number??
~~~~~~~~~~~~~~~
GIRL : I think the poorest people are the happiest.
BOY : Then marry me and we'll be the happiest couple
~~~~~~~~~~~~~~~
GIRL : Darling, I want to dance like this forever.
BOY : Don't you ever want to improve??
~~~~~~~~~~~~~~~
BOY : I love you and I could die for you!
GIRL : How soon??
~~~~~~~~~~~~~~~
BOY : I would go to the end of the world for you!
GIRL : Yes, but would you stay there??
~~~~~~~~~~~~~~
SHARON : Have you ever had a hot passionate, burning kiss??
TRACY : I did once. He'd forgotten to take the cigarette out of his mouth.
~~~~~~~~~~~~~~~
MAN : You remind me of the sea.
WOMAN : Because I'm wild, romantic and exciting?
MAN : NO, because you make me sick.
~~~~~~~~~~~~~~
WIFE : You tell a man something, it goes in one ear and comes out of the other.
HUSBAND : You tell a woman something: It goes in both ears and comes out of the mouth.
~~~~~~~~~~~~~~
MARY : John says I'm pretty. Andy says I'm ugly.What do u think, Peter?
PETER : A bit of both. I think you're pretty ugly.

1) Girlfriend : "...And are you sure you love me and no one else ?"
Boyfriend : "Dead Sure! I checked the whole list again yesterday".

2) Teacher : "Which is more important to us, the sun or the moon?"
Pupil : "The moon".
Teacher : "Why?"
Pupil : "The moon gives us light at night when we need it but the sun gives us light only in the day time when we don't need it".

3) Teacher : "What do you call a person who keeps on talking when people are no longer interested?"
Pupil : "A teacher".

4) Waiter : "Would you like your coffee black?"
Customer : "What other colors do you have?"

5) My father is so old that when he was in school, history was called current affairs.

6) Teacher : "Sam, you talk a lot !"
Sam : "It's a family tradition".
Teacher : "What do you mean?"
Sam : "Sir, my grandpa was a street hawker, my father is a teacher".
Teacher : "What about your mother?"
Sam : "She's a woman".

7) Tom : "How should I convey the news to my father that I've failed?"
David: "You just send a telegram: Result declared, past year's performance repeated".

8) Teacher : "Now, children, if I saw a man beating a donkey and stopped him, what virtue would I be showing?"
Student : "Brotherly love".

9) Teacher : "Now, Sam, tell me frankly do you say prayers before eating?"
Sam : "No sir, I don't have to, my mom is a good cook".

10) Patient : "What are the chances of my recovering doctor?"
Doctor : "One hundred percent. Medical records show that nine out of ten people die of the disease you have. Yours is the tenth case I've treated. The others all died".

11) Teacher : " Can anybody give an example of COINCIDENCE?"
One Student : "Sir, my Mother and Father got married on the same day and at the same time."

12) Teacher : " George Washington not only chopped down his father's Cherry tree, but also admitted doing it. Now do you know why his father didn't punish him ? "
One Student: " Because George still had the axe in is hand."



Lawak Sosej

Ada kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan degree, tapi selepas 15 tahun, x pernah lulus, akhirnya bapak dia dah x sanggup lagi tanggung beban wang untuk anaknya itu, terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa x best, so dia pun cari la idea untuk berbual & tunjuk pada bapak dia yang dia kat Amerika ada gain something la dgn pekembangan teknologi. So dia ckp dgn bapak dia:

Anak: Bapak tau x, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej x payah nak sembelih lembu, buang kulit, masuk je lembu dalam machine, dah jadi sosej....

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku 32 tahun dulu, masukkan sosej aje dah keluar lembu sekor... menyusahkan plak tu...

Thursday, February 12, 2009

Makna-makna Hadiah

Setiap hadiah yang anda beri kepada kekasih/kawan anda mempunyai maksud yang tersirat...

JAM TANGAN.........Tanda meningati setiap masa dan waktu.

CINCIN.............Tanda ikatan kasih yang abadi.

GELANG.............Tanda mesra

RANTAI LEHER.......Ikatan cinta yang perlu perhatian.

SUBANG.............Tanda penghargaan dan penghormatan.

KASUT..............Sentiasa mengambil berat/prihatin.

PAKAIAN/KAIN.......Semoga kasih berkekalan dan dekat selalu.

PAYUNG.............Tanda kasih dan sentiasa ingin melindungi.

MINYAK WANGI.......Tanda cinta

BINGKAI GAMBAR.....Sentiasa merindu dan tak ingin berjauhan.

BUKU............... Bersifat terbuka dan bertolak ansur.

BUNGA...............Tanda perkenalan/sayang.

SEJADAH DAN ALQURAN.........tandanya kekasihnya itu menyayanginya dunia dan akhirat.

HANDPHONE ……Tandanya.... kau jangan lari dari ku.......aku kan cari kamu walau dimanapun... melainkan kalau handphone tu ditutup....

Amalan Minum Air Panas

Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung
SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan
Jepun
mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas
sewaktu menikmati hidangan!!!!

Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.

Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda
baca.
Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.


Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminya yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan
banyak
saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan
kita
semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.


Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam
selepas
makan.



:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan
mula
terasa pada tangan sebelah kiri.


Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian
atas
dada anda.


Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.


Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap
SAKIT
JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.

Dialog Dgn Syaitan

Seorang insan telah dirasuk syaitan. Aku ditugaskan bertanya si syaitan. Sebelum sesi dialog berlangsung kami telah membacakan bebarapa ayat suci Al-Quran sebagai melemahkan si syaitan yang merasuk tersebut.

Aku: Hai syaitan ke jin? siapa namamu kenapa kamu menganggu si polan.
Syaitan: Hai bodoh! Syaitan dan jin samalah?hey bodohnya kamu ni? Nama ku Saragon


Aku: Oh?syitan dan jin sama sahaja.. Jadi yang jin Islam tu siapa?
Syaitan: Jin Islam tu sama bodoh macam kamu.

Aku: Patutnya kamu masuk Islam beriman kepada Allah.
Syaitan: Mana ada (marah)?.patut kamu sembah Iblis. Dia yang berkuasa.

Aku: Berapa umur kau syaitan?
Syaitan: Umurku 60,000 tahun.

Aku: Oh ?60,000 dah tua lah kau ni?
Syaitan: Aku masih muda lah macam kamu. 60,000 itu baru macam umur kamu.

Aku: Kalau macam ni aku bacakan ayat Quran..
Syaitan: Jangan (takut) ..sakittt

Aku: Tahu pun sakit. Kalau macam tu keluar lah kamu dari tubuh si polan. Kalau tidak kami akan bacakan ayat Al-Quran. (membaca Bismillahirahamanirrahim)
Syaitan: Jangan sakit..sudahlah bodoh..pergilah tengok bola..pergilah..jangan ganggu aku. Aku bukan kacau kamu. Bodoh lah kamu ni..buang masa saja..pergi baliklah.

Aku: Tahu pun sakit. Kenapa kalau kita baca ayat Al-Quran apa yang kau nampak.
Syaitan: Kamu penipu?. kamu ramai.

Aku: Ramai macammana?
Syaitan: Ramai..penuh satu rumah

Aku: Berapa ramainya?.ratus?ribu ?
Syaitan: Banyak..ramai?

Aku: Macamana rupa bentuknya?
Syaitan: macam cahaya bersinar.

Aku: Dia datang macam mana?
Syaitan: Dia datang bersama setiap huruf ayat yang dibaca?

Aku: Kalau azan macammana ? apa yang kamu takutkan?
Syaitan: Itu lagi ramai yang datang macam hujan.

Aku: Kemana kamu lari?
Syaitan: Kami cuba lari sedaya upaya tapi tiada tempat lari ..

Aku: Masuk dalam tanah macam mana?
Syaitan: Dalam tanah pun ada (takut)

Aku: Dalam laut?
Syaitan: Dalam laut pun banyak. (takut)...kami masuk dalam lubang najis dan longkang.

Aku: Jadi apa tunggu lagi keluarlah kau syaitan lahnattullah..
Syaitan: Aku tak mau. Aku mau tinggal di sini. Aku tak ada rumah. Biarlah aku di sini. Jangan ganggu aku.

Aku: Kau mesti keluar. Kau menyakiti diri si polan. Keluar kau segara.
Syaitan: Aku kuat. Aku tak mahu keluar.

Aku: OK. (baca Ayt Kursyi)
Syaitan: Jangan (merayu)?Aduh!..ahhh??Kamu jahat?aghh

Aku: (diam seketika)?
Aku: Hai syaitan ?tak mau keluar lagi?
Syaitan: Baliklah kamu?.buang masa saja..pergi tengok bola. Pergilah (memujuk)....Kau tahukah Kamu ni manusia jahat.

Aku: Kenapa kami jahat?
Syaitan: kamulah menyebabkan kami kena buang dari syurga.

Aku: Siapa bagi tahu kau macam tu.
Syaitan: Iblis tuhan kami

Aku: Sebenarnya Iblislah yang telah menggoda manusia. Engkar printah Allah. Kamu dilaknat. Dibakar dalam neraka di akhirat kelak. Tunggulah dunia kiamat nanti.
Syaitan: Mana ada kiamat.

Aku: Allahuakhbar!
Syaitan: Aduhhh!

Aku: Hai syaitan?kamu kah yang membawa angin ahmar?
Syaitan: Itu senjata kami yang hebat..(senyum)..

Aku: Macam mana kamu gunakan? Siapa yang akan kena?
Syaitan: Bila manusia lalai?

Aku: Bagaimana dengan penyakit HIV, AIDS, SELESMA burung?
Syaitan: Itu semua kami punya (senyum)

Aku: Bukan kah kerana makanan? (saja bertanya)
Syaitan: Makanan itu sebab sahajalah bodoh!...

Aku: (Sabar) (Berastagafar)
Syaitan: hei! sudah lah bodoh?buang masa saja.! Pergilah kamu balik..Tengok mata iblis merah sudah tengok aku.

Aku: Kenapa pulak dengan iblis.
Syaitan: Dia marahlah bodoh!.Dia tu tuan aku.

Aku: Dalam sembahyang kau mengoda juga kah.
Syaitan: Dalam sembahyang kami goda..kalau kamu lalai.

Aku: Kalau kami baca ayat al Quran sebelumnya.
Syaitan: kami pergi jauh..lepas tu kami balik..perhati kalau kamu lalai kami masuk lah dalam hati dan lalaikan kamu. Kami senang hati kalau sembahyang kamu tak sempurna.

Aku: Kamu nampak kah kalau sembahyang tak sempurna.
Syaitan: Sembahyang tak sempurna akan dilempar. Tapi kami sedih kalau sembahyang yang sempurna.

Aku: Macammana rupanya sembahyang sempurna?
Syaitan: Kami nampak dia naik keatas langit.

Aku: Oh begitu. Bagaimana dengan orang yang tak sembahyang. Kamu tak goda.
Syaitan: Buat apa goda orang tak sembahyang. Mereka pun macam kami. Bodohlah kamu!

Ini hanyalah sebahagian dailog yang berlansung dan dapat dikongsi bersama. Dalam dailog ini alhamdulilah syaitan akhirnya menyerah kalah setelah tidak tahan dengan kekuatan kalimah-kalimah Allah serta ayat suci yang telah dibacakan kepadanya.

Dailog ini benar berlaku dan disaksi oleh bebarapa rakan seperjuangan.Bahasa di perbaiki agar mudah difahami.
Sentiasa lah ingat kepada Allah dengan mengerjakan perintahNya dan Sunnah RasulNya.Senitasa beristagafar, bertaubat serta menjauhi laranganNya. InsyaAllah kita akan sentiasa dilindungiNya."

Wednesday, February 04, 2009

14 Cara Buat Roomeet Anda Gila

Bengang dengan roommate? Tak tahu apa nak buat? GEt ready for the payback time…

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee…kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak… dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat…Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi…tak lama lagi…"

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee…!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda…" Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya…"

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh…aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate anda balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw anda kena ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah/kampus. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate anda hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate anda.

14. Bila roommate anda tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused