Tuesday, October 28, 2008

Masjid Memo

Gua Baru Je Dapat Emel nih... gua rasa elok kalau gua letak dalam post pasal memo yg saudara kita dapat...

Wednesday, October 22, 2008

Peringatan Kepada Pengguna Jambatan Pulau Pinang



Baru-baru ni gua ada banyak training sebelah pulau sana..leh dikatakan hari2 gua pegi balik penang ngan jambatan..keadaan jambatan skang xmemuaskan sebab kerja2 pelebaran sedang dijalankan.. mmg sesak giler...pukul 7 pagi kalau xmasuk jambatan lagi mmg kena berhimpit arr dgn ribuan kete yg nak ikut jalan yg sama ...kalau ade kete yg rosak kt tgh jambatan tu lagi arr sakit kepala...mmg tensen glerr.....

Ok apa yg gua nak cter ni pasal penunggang moto...sebab cter gua ni mmg khusus pasal penunggang moto... Disatu pagi yg hening (dalam pukul 7.00 pagi) after gua check-out dari plaza tol ..gua dengan sabar memandu kete buruk gua utk g training...keadaan mmg dah sesak glerrrrr...tambah2 hari tu plak hari isnin...hari isnin ni mmg hari yg paling pengguna jambatan kena byk sabar...ok pas dah selamat masuk jambatan ... gua pun dengan penuh tawakal bawak kete gua ... sebelum gua sampai mid-span(tengah jambatan) gua tgk staff jambatan tu pegang tali...kt ujung tali tu plak ada seketul magnet...mamat ni pun berjalan sepanjang jambatan...ok bila dah dekat dgn mamat tu gua dpt lihat dgn jelas (tgk kejap je..) kat magnet dia tu mmg byk ar paku2 sesat....dipendekkan cter bila dah sampai kt tgh jambatan... gua tgk byk gler motor pancit yg tgh dok tukar tayar...

esok plak..mamat yg sama dgn magnetnya sedang berjalan mundar-mandir mencari paku2 sesat kat atas jambatan tu...sama gak bila sampai kt tgh jambatan...moto pun byk la yg pancit..ada plak yg sampai kena tunggu turn utk tuka tayar moto diorang...

dari apa yg gua dok tafsir arr selama ni...gua rasa untuk elakkan moto korang dari menjadi mangsa tayar pancit korang bawakla motor korang elok2... kalau x korang pun akan jadi mangsa paku2 sesat yg ada..Hua Hua Hua...

P/s: Agaknya mana la dtg paku2 sesat yang melambak atas jambatan nih? Lu pikiaq la sendiri....

Penang Bridge Online Traffic Watch

Tuesday, October 14, 2008

Harga Minyak Turun 6% jer?

Naik RM 0.70 turun RM 0.40? Sampai bila harga minyak ni nak turun? atau harga minyak ni akan turun naik ikut suka hati pemimpin jer..alasan yang depa bagi ..kita kena menyimpan untuk generasi akan datang..kalau xde simpanan generasi akan datang akan susah giler...kalau skang ni org dah susah..masa2 kedepan nih agak korang leh senang ker?simpanan per la sgt ... nape dulu time minyak murah xmau menyimpan untuk masa susah..ni masa susah baru nak mula menyimpan...dah susah giler baru leh guna duit simpanan minyak skang ni...susah sampai macamana?

Cakap jela semua ni untuk kesenangan kroni2 kerajaan yang selama ni menjadi anjing yang taat walaupun perjuangan kerajaan memang nyata menyimpang jauh dari jalan perjuangan negara masa zaman nak tuntut kemerdekaan dulu...So Skang ni minyak kena turun arr takut dengan kenyataan Pak Anwar nak amik alih kerajaan 8 disember nih...Kalau dulu mmg btul arr rakyat ni dgr apa yg

Reference



Perbandingan Harga Minyak Malaysia Dengan Negara Pengeluar Minyak Lain




Petua Orang Tua-tua

Sebelum Zaman Teknologi..Tanpa ubat-ubat moden, apa agaknya cara orang2 melayu dulu selesaikan masalah penyakit yang ada..amalan dan petua mereka ori siot tanpa bahan pengawet

Berikut Adalah Sebahagian Petua Yang Boleh Diamalkan:-

PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

PENAWAR RESDUNG

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di sekuruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

MENEGANGKAN KULIT MUKA

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

MENGHILANGKAN CAGU

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

MENYERIKAN WAJAH

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

MENGHALUSKAN KULIT

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk membersihkan kulit.

MENGHILANGKAN BAU BADAN

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.


Nak Lagi Petua?
Download

More Download

Friday, October 10, 2008

Life...

Memang btul la perumpamaan "MASA ITU EMAS". sedar xsedar dah byk tahun berlalu tapi aku masih tercari2 makna sebenar hidup ni.. bila tengok kengkawan aku time sekolah dulu aku rasa jeles plak..mana x jeles..yg lain semua dah hidup senang..aku nih je yg masih merangkak2..kekadang aku sendiri pelik..bukan sebab xdak perancangan masa depan, mungkin terlalu banyak perancangan atau sebab aku ni terlalu berfikiran negatif..

apa yang aku harapkan kehidupan yang lebih baik dari sekarang ni..at least ada keje yang menjamin masa depan aku dan keluarga...kalau xda proper planning mmg susah giler nak survive dalam dunia skarang nih.. aku rasa bukan aku sorang je yang bermasalah pasti ramai lagi mereka kat luar sana tu yg mengalami nasib yg sama atau lebih teruk lagi..

Tapi org kt malaysia still ada power lagi arr.power untuk membeli..contoh raya yg baru lepas nih... ramai giler org kt bazaar2 raya kt seluruh negara nih...shopping sakan...walaupun hari raya tu yang sebenarnya disambut sehari jer..tapi sebab raya ni meriahnya setahun sekali...so apa la salahnya sambut dengan gempak gitu...

Hari ni memang mengajar aku satu erti yang penuh makna...hari ni aku mula sedar yang aku perlu lebih peka dan yakin serta jgn jadi baloq liat (malas arr) untuk mencapai apa yang aku idamkan..kalau org lain mampu.. aku juga mampu (sebab aku pun org).. moga esok yang aku tunggu lebih baik dari hari ni dan sebelumnya..

Shah

Wednesday, October 08, 2008

Frust .....


Ada banyak jenis frust dalam hidup... org yg tgh frust pun ada macam2 jenis ... ada yg bila dah frust, pasal cinta la biasanya sampai sanggup terjun jambatan, terjun lombong, bidan terjun dan mcm2 lagi.. perasaan frust ni susah nak digambarkan melainkan bila dirasai oleh diri makhluk tersebut saja jer.. bleh dikatakan semua org pnah rasa frust..pendek kata org yg xpnah frust dalam hidup dia maknanya dia bukan org la...gua tengah frust time gua post blog nih... mmg mcm bebal je nak taip..mana xfrustnya..gua harap time Interview aritu gua dapatla jawatan dalam kerajaan tuh..balik2 xdapat...time interview siap speaking lagi...walaupun gua xpandai speaking..org yg interview gua pun mcm dah bagi hint je yg gua konfirm dapat...balik2 bila check result kt spa..jadi lain..tu yg frust nih...

Xpe..gua xkan terjun mn2 lombong..walaupun lombong tu lombong blakang umah awek gua.. gua akan cuba lagi... no problem..insyallah banyak lagi kerja lain...maybe sesapa yg dapat tu sebab nasib jer...maybe org yg interview gua tu pilih kasih..maybe diorang xda mata kot atau diorang semua xcukup pandai nak judge org... makhluk mana la yg amik diorang utk interview gua nih... semua soklan diorang sepantas kilat je gua tangkis dengan penuh keyakinan dan iltizam(walaupun gua xsure apa tu iltizam) disebabkan perasaan frust yg sedang membuak2 dalam diri gua..gua gagahkan diri untuk teruskan kehidupan ini...

Maybe gua kena terima je hakikat yang gua xda rezeki kt situ...rezeki gua Allah dah tetapkan kt tempat lain...xpe usaha lagi... gua akan cuba plak untuk jawatan lain..selagi xdapat selagi tu la kena cuba...kalau dah usaha xdapat tu mmg konfirm gua xda rezeki kt situ..